Kira-kira 80 peratus lulusan politeknik akan mendapat perkerjaan sebaik menamatkan pengajian mereka, kata Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pendidikan Politeknik, Dr Mohammad Naim Yaakub.
Beliau berkata pencapaian itu berdasarkan pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh politeknik sesuai dengan kehendak dan keperluan pasaran pekerjaan dalam negara.
"Pelajar politeknik harus bersyukur kerana mereka berpeluang mengikuti pengajian dalam bidang latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) mengikut bidang kemahiran tertentu yang merupakan aspek penting untuk pemilihan disektor pekerjaan.
Justeru pelajar perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian mereka agar setelah tamat pengajian kelak mereka mempunyai nilai tambah berbanding graduan lain termasuk dari segi rohani, jasmani dan intelek," katanya.