Monday, April 24, 2017

SEKITAR MAJLIS PERSARAAN KETUA PENGARAH JPP & JPKK


Seluruh warga Politeknik Muadzam Shah ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada Dato' Amir Md Noor, Ketua Pengarah JPP dan JPKK di atas segala jasa dan sumbangan yang telah beliau berikan selama 35 tahun dalam bidang pendidikan.
Majlis menandatangani nota serah tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah JPP dan JPKK.

Sehubungan itu pada 21 April 2017, seluruh warga Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan hari persaraan dan mengenang jasa bakti yang telah beliau curahkan di dalam memajukan politeknik dan kolej komuniti. Berikut adalah gambar kenang-kenangan detik-detik persaraan beliau.




Wednesday, April 12, 2017

ANUGERAH MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO 2017 (MTE)


Sekalung ucapan tahniah diucapkan atas Anugerah yang diperolehi di Malaysia Technology Expo 2017 (MTE) pada 16-18 Februari 2017 di Putra World Trade Centre Kuala Lumpur (PWTC) kepada Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) - Category Invention & Innovation Awards 2017 (1 Gold & 1 Bronze), Category Asian Youth Innovation Awards 2017 (1 Gold, 1 Silver & 1 Bronze), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) - Category Invention & Innovation Awards 2017 (1 Gold & 1 Silver), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) - Category Asian Youth Innovation Awards 2017 (1 Gold, 2 Silver & 1 Bronze), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) - Category Invention & Innovation Awards 2017 (1 Gold & 1 Bronze), Politeknik Sandakan Sabah (PSS) - Category Invention & Innovation Awards 2017 (1 Gold & 1 Merit Award), Category Youth Innovation Awards 2017 (1 Silver) dan Politeknik Nilai (PNS) - Category Asian Youth Innovation Awards 2017 (1 Gold & 1 Bronze).

FLAG OF FIRA 2016


"Flag Off" Pasukan Robotik Politeknik Malaysia ke FIRA Beijing 2016. Politeknik Malaysia akan menyertai Pertandingan Robotik Antarabangsa 21st FIRA RoboWorld Cup 2016 Beijing, China pada 13-20 Disember 2016. 

Pasukan ini menyertai 4 kategori utama yang dipertandingkan, iaitu HuroCup, RoboSot, AndroSot dan SimurSot. Seramai 50 orang warga Politeknik Malaysia gabungan mantap antara pelajar dan pensyarah akan berentap di Beijing, China. Politeknik yang terlibat dalam pertandingan ini adalah Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Port Dickson (PPD), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Politeknik Balik Pulau (PBU) dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB).

Hasilnya.....